PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan 1,063 kes positif yang menjadi kes terendah sejak gelombang ketiga sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 1,365 kes.
Sebanyak lima kluster dan lima kematian direkodkan dengan terdapat penurunan kes aktif iaitu 15,204 kes berbanding semalam iaitu 15,511 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 152 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 68 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor melaporkan kes tertinggi iaitu 323 kes diikuti Sarawak, 183 kes dan Pulau Pinang, 175 kes.
“Kes kematian melibatkan tiga kes di Sarawak dan masing-masing satu kes di Selangor dan Kuala Lumpur dengan semua kes kematian melibatkan warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE