"Alhamdulilah, air bersih buat kami sambut puasa" - Utusan Malaysia

“Alhamdulilah, air bersih buat kami sambut puasa”

RAMLAH Mohd. Esa bersyukur, kesukaran dia sekeluarga bagi memperoleh bekalan air bersih berakhir apabila peruntukan untuk pembinaan paip air bagi menyalurkan air bersih ke rumahnya telah diluluskan.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: “Alhamdulilah, dapat kami lapan sekeluarga menyambut kedatangan bulan puasa dengan selesa dengan bekalan air bersih tanpa perlu meminta-minta lagi,” luah Ramlah Mohd Esa, 63, ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Chengkau Ulu, di sini, hari ini.

Ramlah menyatakan dia dikejutkan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ke rumahnya selepas dia pulang daripada menoreh getah.

Kunjungan Menteri Besar itu membawa khabar gembira apabila peruntukan untuk bekalan air bersih ke kediamannya telah diluluskan.

Menurutnya, dia tidak pernah menyangkakan kesukaran kehidupan sekeluarganya mendapat perhatian selepas selama hanya bergantung kepada bekalan air perigi dan generator bagi bekalan elektrik.

“Syukur alhamdulilah, banyak pihak datang bantu, kepada yang datang dan membantu kami sekeluarga, saya doakan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kerana membantu memudahkan urusan kami sekeluarga.

“Jika sebelum ini, air perigi kering kami minta bantuan pihak sukalerawan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Negeri Sembilan, minta anak-anak ambil dan angkut air dari luar, kini segalanya dipermudahkan apabila rumah ini bakal memperoleh air bersihnya sendiri seperti kediaman orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Malaysia pada 2 Mac lalu melaporkan, susulan cuaca panas dan kering sejak lebih dua minggu lalu, sembilan sekeluarga yang tinggal jauh di dalam kawasan kebun getah di Kampung Chengkau Ulu, dekat sini telah terputus bekalan air selepas perigi yang digali sebelum ini kering.

Ramlah berkata, dia yang tinggal di rumah yang jauh dari penempatan penduduk itu sejak 2013 dan terpaksa bergantung kepada bekalan air perigi serta hujan.

Kesukaran yang dialami keluarga Ramlah itu, sukarelawan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Negeri Sembilan hadir membantu dengan membawa bekalan air dari luar ke rumah berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lada Chengkau, Mohamad Shamsuri Musa berkata, sementara menunggu kerja-kerja pembinaan paip air bagi menyalurkan air bersih, pihak Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) telah menyediakan sebuah tangki air statik berkapasiti 500 gelen air di kediaman Ramlah.

Menurutnya, sebelum ini, peruntukan bagi bekalan air dan elektrik buat keluarga berkenaan telah dimohon melalui peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Pada Julai tahun lalu, kerja-kerja menurap jalan ke kediaman keluarga ini telah dilaksanakan bagi keselesaan keluarga berkenaan yang sebelum ini terpaksa melalui laluan tanah merah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya