23 hotel di Langkawi hentikan operasi - Utusan Malaysia

23 hotel di Langkawi hentikan operasi

SERAMAI 24 pemegang kepentingan pelancongan di Langkawi yang hadir bagi menandatangani memorandum kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menangguhkan pelaksanaan cukai eksais tembakau di Langkawi, hari ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sebanyak 23 hotel di pulau peranginan ini terpaksa ditutup kerana tidak mampu lagi menanggung kos operasi berikutan ketiadaan pengunjung susulan larangan rentas daerah dan negeri dikuatkuasakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac tahun lalu

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Kedah/Perlis (MAH), Eugene Dass berkata, penutupan itu melibatkan lapan daripada 37 hotel yang merupakan ahli persatuan MAH.

Katanya, sebanyak 15 lagi ialah hotel bajet yang bernaung di bawah Persatuan Hotel Bajet Malaysia Kedah/ Perlis (MyBHA).

“Disebabkan itu, sebanyak 24 pemegang kepentingan pelancongan di sini antaranya MAH Kedah Perlis, MyBHA Kedah/Perlis, Langkawi Ferryline Ventures Sdn. Bhd., dan Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi menandatangani satu memorandum bagi diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Memorandum tersebut adalah bagi menggesa kerajaan untuk membenarkan kebenaran rentas negeri dipercepatkan di samping menangguhkan pelaksanaan cukai eksais untuk produk tembakau yang sepatutnya bermula pada 1 April nanti.

“Pelaksanaan cukai untuk produk tembakau juga akan menyebabkan pulau pelancongan ini kehilangan salah satu tarikan sebagai pulau bebas cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani memorandum bersama pemegang kepentingan pelancong atas pelaksanaan cukai eksais tembakau di sini hari ini.

Katanya, Pengerusi MyBHA Langkawi, Datuk Noorazly Rosly berkata, kebanyakan hotel bajet yang masih bertahan adalah perniagaan keluarga yang merupakan penduduk asal Langkawi.

“Bagi menampung kos operasi, kebanyakan mereka terpaksa mengecilkan saiz operasi dengan mengurangkan jumlah pekerja, jadi bermakna mereka beroperasi dengan jumlah pekerja minimum,” ujarnya.

Menurutnya, rata-rata ahli MyBHA juga hanya mampu mengupah pekerja kontrak yang mana pekerja hanya dipanggil apabila mereka menerima ramai pengunjung.

Noorazly turut berkata, walaupun tiada pengunjung, pemilik hotel masih perlu menanggung kos elektrik dan air dan siaran televisyen.

“Kebanyakan pemilik hotel bajet tidak lagi mampu meneruskan operasi dan terpaksa beralih kepada bidang lain seperti penyediaan makanan,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya