1,327 kes positif; 1,247 kes sembuh; 4 kematian - Utusan Malaysia

1,327 kes positif; 1,247 kes sembuh; 4 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 1,327 kes baharu positif Covid-19 sekali gus mengatasi kes sembuh sebanyak 1,247 kes dengan empat kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 154 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 65 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 356 kes diikuti Sarawak, 276 kes; Pulau Pinang, 205 kes; Johor, 141 kes dan Kuala Lumpur, 115 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka manakala Perlis, lima kes; Putrajaya, tiga kes dan Labuan, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN