'1+1+1+...... dan seterusnya..' - Mohamed Azmin - Utusan Malaysia

‘1+1+1+…… dan seterusnya..’ – Mohamed Azmin

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat seolah memberi bayangan akan lebih ramai wakil rakyat pembangkang meninggalkan parti.

Beliau dipercayai memberi maksud tersirat tersebut menerusi ciapan akaun Twitter miliknya.

“1+1+1+…… dan seterusnya. Alhamdulillah. Kekal tenang,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan keluar daripada PKR serta-merta.

Bekas menteri itu memaklumkan kini menyokong kerajaan PN dan akan meneruskan tugas beliau sebagai ahli Parlimen bebas di Kuala Langat.

Beliau yang telah bersama PKR sejak 1998 berkata, pihaknya kecewa apabila ada parti yang terus membincangkan mengenai pilihan raya sedangkan fokus utama sepatutnya adalah membantu rakyat.

Beliau merupakan wakil rakyat PKR ketiga dalam tempoh dua minggu yang keluar parti selepas ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong meninggalkan parti dan kini menjadi ahli Parlimen bebas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.