fbpx

6 Mac 2021, 12:12 pm

  TERKINI

Warga emas ditemukan mati dibunuh

ANGGOTA forensik memeriksa mayat Hock Soon yang ditemui di tepi pagar SK Suka Menanti, Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang penjual kuih warga emas ditemukan mati dengan kesan kecederaan parah di leher dalam satu pergaduhan di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini petang ini.

Mayat mangsa, Chua Hock Soon, 73, yang juga orang kelainan upaya (OKU) kategori kecacatan fizikal ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di tepi pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti di sini pada pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa yang cedera dalam pergaduhan itu telah dibawa oleh suspek menaiki kereta jenis Proton Saga BLM sebelum mangsa ditinggal di lokasi tersebut.

Menurutnya, suspek berusia 30-an dipercayai menggunakan sebilah parang dalam pergaduhan tersebut selepas senjata tersebut ditemui dalam kereta milik suspek itu.

Bagaimanapun, katanya, suspek berjaya telah ditahan selepas kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Taman Wira, Mergong sejurus selepas itu.

“Ada saksi melihat suspek yang memandu kereta telah membuang mayat di tepi pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti sebelum menghilangkan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini malam ini.

Ahmad Shukri memberitahu, suspek yang juga mempunyai kesan kecederaan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

“Ketika ditahan, suspek yang mempunyai rekod jenayah ceroboh dan dadah didapati dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Katanya, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Alor Setar di sini esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE