AFC pantau FAM selama 2 tahun

AFC pantau FAM selama 2 tahun

WINDSOR PAUL JOHN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan memantau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama dua tahun bagi memastikan segala badan induk bola sepak negara kembali ke landasan sebenar.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John berkata, dalam tempoh itu FAM perlu menghantar laporan setiap tiga bulan kepada AFC tentang perubahan yang dilakukan dalam proses penambahbaikan di semua bahagian.

Menurut Windsor, apa yang dilakukan oleh badan induk bola sepak Asia itu bukan bersifat menghukum, sebaliknya demi memastikan FAM kembali memainkan peranan sewajarnya dalam pembangunan bola sepak di Malaysia.

“FAM kena hantar laporan setiap tiga bulan dan kita (AFC) akan pantau mereka selama dua tahun. Itu merupakan perbincangan kita dengan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antrabangsa) sebelum ini.

“Ini berdasarkan apa yang berlaku, jadi mereka (FIFA) nak pastikan FAM kembali dengan Imej yang lebih baik dan juga mencapai semula objektif yang sepatutya dimainkan badan induk itu,” katanya.

Ditanya sama ada AFC akan meletakkan wakil dalam FAM untuk tempoh dua tahun itu, Windsor berkata, tiada keperluan untuk meletakkan wakil kerana FAM perlu menghantar laporan sahaja kepada pihaknya.

Berdasarkan situasi itu, tugas berat menanti saf kepimpinan baharu FAM yang bakal dipilih pada September ini kerana perlu ‘mencuci’ segala permasalahan yang melanda badan induk bola sepak negara.

Kelmarin, AFC dalam Kongres Luar Biasa FAM mendedahkan badan induk itu berdepan pelbagai masalah khususnya membabitkan tadbir urus, akauntabiliti dan pengurusan organisasi.

Penilaian AFC menunjukkan kebanyakan jabatan dalam FAM hanya berada pada Tahap 2 atau Pra Pertengahan dengan markah antara 1.2 hingga 1.8 daripada skala lima tahap kematangan organisasi.

Menurut laporan itu lagi, beberapa fungsi kritikal banyak bergantung kepada individu dan bukannya sistem yang tersusun sehingga mewujudkan risiko besar kepada kesinambungan operasi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN