SIS anjur seminar #pikirbalik amalan bersunat perempuan - Utusan Malaysia

SIS anjur seminar #pikirbalik amalan bersunat perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sisters In Islam (SIS) ingin menyedarkan masyarakat yang amalan bersunat atau berkhatan dalam kalangan perempuan tidak mempunyai manfaat perubatan.

Pengarah Eksekutifnya, Rozana Mohd. Isa berkata, amalan turun-temurun itu bukan sahaja berlebih-lebihan malah berisiko dan mesti dihentikan.

Sehubungan itu, katanya, SIS akan menganjurkan satu seminar secara dalam talian pada Isnin ini bagi menerangkan kepada masyarakat tentang tradisi pemotongan alat kelamin perempuan di Malaysia.

Menurutnya, seminar selama tiga jam bermula pukul 10 pagi itu akan melibatkan barisan panel seperti Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merangkap ketua penyelidik khitan perempuan, Prof. Dr. Dayang Anita Abdul Aziz dan bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya.

“Kita akan berkongsi hujah-hujah alternatif mengenai bersunat dari sudut pandangan agama di samping untuk memberi kesedaran bahawa amalan itu tidak mempunyai manfaat perubatan, berlebih-lebihan, berisiko dan mesti dihentikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rozana, SIS telah melakukan kerja-kerja advokasi dengan NGO lain dalam usaha menyeru kepada penghapusan amalan berbahaya terhadap perempuan dan kanak-kanak termasuk isu-isu berkaitan perkahwinan bawah umur serta bersunat.

Katanya, pendekatan praktikal diperlukan bagi mencapai persetujuan untuk mengubah cara pandang dan kepercayaan masyarakat mengenai amalan bersunat perempuan.

Mereka yang berminat boleh mendaftarkan kehadiran di pautan https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_gwfl8_D7Tv-GV_XmSfTrug .- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya