PETALING JAYA: Sikap universiti yang mementingkan penarafan dan kuantiti penerbitan jurnal di peringkat antarabangsa sebagai ukuran prestasi utama (KPI) menyebabkan universiti terus melahirkan ahli akademik yang tidak pun mencerminkan kualiti kesarjanaan. Antara lain, ini disebabkan wujud sistem berbeza-beza antara setiap universiti tanah air yang menerima dan tidak menerima terbitan jurnal tidak berwasit sebagai syarat lantikan ahli akademik ke dalam perjawatan tertinggi. Justeru, Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr. Madeline Berma…