Remaja perempuan maut dalam kebakaran rumah kedai - Utusan Malaysia

Remaja perempuan maut dalam kebakaran rumah kedai

KEADAAN rumah kedai yang terbakar di Jalan Pantai, Kuala Kurau dekat Parit Buntar hari ini. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Remaja perempuan berusia 13 tahun maut dalam kebakaran rumah kedai di Jalan Pantai, Kuala Kurau dekat sini hari ini.

Mangsa, Leng Li Zhee meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar akibat melecur seluruh bahagian badan.

Kebakaran turut menyebabkan  seorang wanita yang belum dikenal pasti maklumat pengenalan diri patah kaki kiri semasa terjun untuk menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 1.10 pagi.

Menurutnya, siasatan awal kebakaran dipercayai akibat litar pintas pendawaian elektrik yang bermula di bahagian bawah rumah dan merebak ke tingkat atas.

“Kebakaran memusnahkan 95 peratus rumah tersebut. Semasa kejadian, terdapat lapan orang dalam rumah berkenaan termasuk mangsa yang meninggal dunia iaitu tiga perempuan dewasa, tiga  budak perempuan, dua bayi iaitu perempuan umur 18 bulan dan lelaki umur dua bulan yang berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan bomba dan orang awam.

“Bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mazuki,  berdasarkan maklumat saksi orang awam, kebakaran bermula di bahagian bawah rumah tersebut. 

“Temu bual dengan pemilik rumah memberitahu pada kira-kira pukul 12.45 malam, dia terdengar bunyi letupan kuat beberapa kali dan dan melihat kepulan asap tebal.

“Dia kemudiannya menjerit dan beritahu ahli keluarganya supaya menyelamatkan diri dan keluar melalui tingkap sebelah kiri rumah dengan bantuan orang ramai dan pihak bomba,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada pukul 12.56 tengah malam dan operasi memadam kebakaran tamat pada pukul 4.05 pagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya