Projek Kebuniti mampu jimat perbelanjaan RM110 sebulan

Projek Kebuniti mampu jimat perbelanjaan RM110 sebulan

RONALD Kiandee (tengah) bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua dari kanan) melihat pameran tanaman sayur pada Majlis Pelancaran Pelepasan Khidmat Agihan Bantuan Penjana Pertanian Bandar di Wisma Tani di Putrajaya hari ini. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Projek Kebuniti yang dijalankan individu dan komuniti di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) mampu mengurangkan kos perbelanjaan keperluan harian bagi setiap isi rumah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, setiap peserta yang mengikuti program itu boleh menjimatkan kos perbelanjaan kira-kira RM110 sebulan.

Beliau berkata, setiap individu dan komuniti diberikan pakej bantuan input pertanian seperti benih, baja dan peralatan kepada individu dengan nilai RM500 manakala RM50,000 bagi setiap komuniti.

“Bagi tahun lalu sahaja sebanyak 42,370 permohonan diterima dengan sejumlah RM7.23 juta telah dibelanjakan untuk memberi manfaat kepada 13,524 individu dan 632 komuniti.

“Melalui program seumpama ini, peserta tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar, secara tidak langsung ia akan mengurangkan kos perbelanjaan hampir RM110 sebulan dalam keadaan pandemik Covid -19 ketika ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelepasan Khidmat Agihan Bantuan Penjana Pertanian Bandar kepada kumpulan penerima terakhir seramai 536 penerima individu sekitar Wilayah Persekutuan membabitkan 11 Parlimen di sini hari ini.

Ronald berkata, bagi tahun ini sejumlah RM30 juta telah diluluskan Kementerian Kewangan bagi meneruskan Projek Kebuniti ini.

Menurutnya lagi, bagi pelaksanaan Fasa Kedua tahun ini, peruntukan sebanyak RM21.18 juta akan digunakan yang akan memberikan manfaat kepada 27,524 individu dan 1,046 komuniti seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya