Percepatkan undang-undang dana politik - Utusan Malaysia

Percepatkan undang-undang dana politik

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu pihak berkuasa mempercepatkan pelaksanaan undang-undang membenarkan parti-parti menerima pembiayaan dana politik tahun ini.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, setahunya usaha untuk perkara itu masih tergantung di peringkat sesi perbincangan jawatankuasa khas parlimen.

“Dan ia tidak lagi di bawah kami (SPRM), cuma saya menarik perhatian ini seperti mana disarankan oleh Transparency International (TI), iaitu sebuah gabungan antirasuah global.

“Elok sekiranya ada iltizam untuk mempercepatkan undang-undang itu dalam tahun ini. Ia boleh dikuatkuasakan sekiranya mereka mahu kerana dana politik ini isu berkaitan di mana parti-parti terima sumbangan yang perlu jelas dan ada integritinya,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Pihak SPRM dipercayai telah mengambil langkah-langkah dan rundingan khusus bagi memastikan dana politik diuruskan mengikut cara yang betul,

Undang-undang berkaitan pembiayaan parti-parti politik di negara ini dikatakan telah digubal sebagai usaha membanteras amalan rasuah.

Ini kerana setiap parti memerlukan dana untuk menjalankan tugas, yang bagaimanapun mereka tidak boleh menerima apa-apa dana atau sumbangan daripada mana-mana pihak. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya