Liwat: Buka ruang pertikaian - Utusan Malaysia

Liwat: Buka ruang pertikaian

MUSA AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam berhubung pertuduhan liwat di bawah undang-undang syariah dilihat sebagai membuka ruang kepada lebih banyak pihak untuk mempertikaikan undang-undang syariah sedia ada dan menutup pintu kepada pelaksanaan undang-undang hudud.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, keputusan tersebut menunjukkan bahawa selagi mana ada peruntukan tentang sesuatu kesalahan jenayah dalam undang-undang persekutuan.

“Maka sukar untuk negeri mengadakan atau menggubal peruntukan berhubung
kesalahan-kesalahan jenayah syariah walaupun kesalahan itu adalah dalam kategori kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap “perintah agama” itu,” ujar nya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan dilihat sebagai permulaan titik hitam dalam undang-undang jenayah syariah.

“Undang-undang jenayah syariah tidak mendiskriminasi bukan Islam kerana negara mengamalkan system dual legal .

“Keputusan hari ini akan digunakan untuk mencabar undang-undang jenayah syariah yang lain, Peguam Negara perlu bertindak proaktif untuk memulakan siasatan terhadap pempetisyen (Lelaki yang mencabar undang-undang) mengikut Seksyen 377A iaitu liwat, “ ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Pembela Aminuddin Yahaya berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan dilihat mengurangkan kuasa Majlis Raja- Raja Melayu sebagai ketua agama islam di negeri masing-masing. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini