Azizulhasni kebanggaan negara - PM - Utusan Malaysia

Azizulhasni kebanggaan negara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mengungguli ranking dunia acara pecut individu adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan negara.

Kata Perdana Menteri, dengan kejayaan terbaharu itu, beliau yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman‘ selayaknya dipanggil Raja Pecut Dunia.

Menurut beliau kejayaan tersebut melengkapkan lagi diari gemilang arena sukan negara selepas kejayaan bekas Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, awal bulan ini

”Saya dan seluruh peminat sukan tanah air, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Azizulhasni,” ujar Perdana Menteri menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Semoga kejayaan beliau ini akan menjadi inspirasi kepada atlet muda serta seluruh peminat sukan berbasikal dalam mengejar cita-cita mencapai kejayaan di peringkat tertinggi.

“Kepada Azizulhasni, jadikanlah kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk beraksi lebih cemerlang dalam Sukan Olimpik Tokyo akan datang,” kata beliau lagi

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya