Tukang paip mengaku salah pukul anak didenda RM5,000  - Utusan Malaysia

Tukang paip mengaku salah pukul anak didenda RM5,000 

MOHD Jamal Azrul (tengah) keluar dari Mahkamah Sesyen Taiping hari ini selepas dijatuhi hukuman denda RM5,000 atas pertuduhan memukul anaknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Lelaki dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memukul anaknya sehingga cedera.

Hakim Nizam Zakaria menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd. Jamal Azrul Mohd. Zainuddin, 35, mengaku salah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan. 

Mengikut pertuduhan, Mohd. Jamal yang merupakan seorang tukang paip didakwa menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak lelaki sulungnya yang berusia 10 tahun di dahi, lengan kiri dan belakang badan.

Kejadian berlaku di rumah bekas isterinya di Kampung Aman, Pokok Assam di sini pada pukul 1 tengah hari 27 Disember lalu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Nor Rasyidah M. Nadzri manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. 

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap tertuduh dan memerintahkan hukuman penjara selama enam bulan sekiranya tidak membayar denda berkenaan. 

Tertuduh membayar denda tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya