Teliti tingkat hukuman ingkar SOP - Utusan Malaysia

Teliti tingkat hukuman ingkar SOP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Teliti tingkat hukuman ingkar SOP

PUTRAJAYA: Hukuman denda maksimum sebanyak RM1,000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bakal dikaji termasuk kadarnya ditingkatkan lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, amaun dikenakan itu selama ini dianggap sangat rendah bagi pesalah yang ingkar prosedur operasi standard (SOP).

“Difahamkan, ada syarikat besar atau pengusaha pusat hiburan ternama sudah bersedia siap RM1,000 di kaunter jika premis diserbu penguat kuasa,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Justeru, beliau berharap isu berkaitan kadar denda itu diteliti semula Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat termasuk membuat ordinan khusus bagi didik kesedaran awam.

Malahan, beliau sendiri meluahkan kehairanan bagaimana banyak aktiviti kelab malam masih bebas dibuka walaupun termasuk dalam senarai negatif daripada sektor ekonomi dibenarkan.

Pewartaan hukuman lebih berat menerusi ordinan khas itu ujar Ismail Sabri, antara kelebihan pelaksanaan darurat kesihatan sehingga 1 Ogos depan bagi tujuan kekang wabak Covid-19.

“Ini juga antara kaedah dibuat bagi memastikan rakyat lebih memandang serius untuk patuh segala SOP ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” tegas beliau.

Pada masa sama, Pejabat Peguam Negara turut diminta kerajaan untuk mewartakan ordinan terhadap majikan yang berdegil tidak mahu hantar pekerja warga asing menjalani saringan.

Ia susulan akta sedia ada dilihat kurang tegas termasuk Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 bagi menyekat penyebaran Covid-19 dalam kalangan mereka.

Ditanya mengenai adakah pelajar harus menjalani ujian swab sebelum pulang ke asrama atau menduduki peperiksaan tertentu, Ismail Sabri berkata, setakat ini tiada keperluan perkara itu.

“Setakat ini, Kementerian Kesihatan hanya mewajibkan pelajar bergejala dan jika semua pun kena buat, ia tentunya membebankan ibu bapa yang anak mereka sihat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.