Rama-rama Malaysia terancam - Utusan Malaysia

Rama-rama Malaysia terancam

MOHD. Ali Mohd. Rustam dan Gerard Wong melepaskan sebanyak 1,698 ekor rama-rama di Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka, Ayer Keroh, Melaka hari ini. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Rama-rama tempatan berdepan ancaman kepupusan, sekiranya usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pemuliharaan spesies itu tidak diperkasa secara berterusan.

Pengarah Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka, Gerard Wong berkata, kajian penyelidik Universiti Malaya (UM) menunjukkan Asia Tenggara mengalami antara kehilangan biodiversiti terbesar dalam tempoh 50 tahun lalu.

Katanya, masyarakat masih memandang ringan peranan rama-rama dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem, walaupun serangga itu merupakan antara petunjuk penting kepada tahap kesihatan alam sekitar.

Beliau berkata, situasi itu menuntut usaha pemantauan dan pemuliharaan yang lebih agresif bagi melindungi spesies rama-rama daripada pupus.

“Jika kehilangan habitat dan tumbuhan perumah terus berlaku tanpa kawalan, lebih banyak spesies rama-rama di negara ini akan terancam. Kehilangan satu spesies rama-rama mungkin tidak disedari manusia tetapi apabila banyak spesies mula lenyap, keseluruhan ekosistem mungkin akan terjejas.

“Rama-rama bergantung kepada tumbuhan tertentu untuk membesar dan membiak. Jika tumbuhan itu hilang akibat pembangunan atau perubahan guna tanah, spesies rama-rama yang bergantung kepadanya juga akan pupus,” katanya.

Gerard ditemui pada program sesi pelepasan 1,698 ekor rama-rama sempena ulang tahun Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka di sini, hari ini. Perasmian disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Program itu turut mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori pelepasan rama-rama terbanyak di negara ini.

Gerard berkata, sebanyak 1,698 ekor rama-rama daripada lebih 15 spesies tempatan berjaya dilepaskan, melepasi sasaran awal 1,200 ekor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN