Hanya makan coklat, kunyah ais untuk bertahan

Hanya makan coklat, kunyah ais untuk bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Seorang pemandu arah Nepal yang ditemui sedang merangkak turun dari Gunung Everest enam hari selepas kali terakhir dilihat masih hidup berkata dia berjaya bertahan dengan mengunyah ais dan memakan beberapa coklat yang ada di dalam poket.

Dawa Sherpa, 57, menegaskan dia tidak ‘hilang’ ketika menuruni gunung tertinggi dunia itu, sebaliknya terpaksa ditinggalkan selepas bekalan oksigennya habis.

Sebelum ditemui, ramai menganggap Dawa meninggal dunia di Everest, malah keluarganya di Kathmandu sudah mula menjalankan upacara terakhir sebagai persediaan pengebumian.

Namun, dia kemudian dikesan oleh pasukan pembersihan gunung ketika sedang ‘meluncur’ turun ke arah Kem Pangkalan.

Dawa Sherpa diterbangkan ke hospital di Kathmandu, di mana beliau berkongsi pengalamannya kepada BBC ketika menerima rawatan akibat dehidrasi, radang dingin dan patah tulang.

“Saya tidak sangka masih hidup. Saya fikir saya akan mati dengan cara begini,” katanya kepada BBC Nepali pada Jumaat.

Pendaki, Chris Thrall, merupakan individu terakhir yang diketahui melihat Dawa Sherpa masih hidup sebelum dia diselamatkan berhampiran Air Terjun Khumbu pada Khamis.

Dawa mendedahkan detik cemas yang dihadapinya selepas keadaan menjadi kritikal apabila bekalan oksigen habis, menyebabkan beliau tidak lagi mampu berjalan.

“Saya tidak makan apa-apa selama dua hari pertama. Kemudian saya mula mengunyah ais. Ia menyakitkan gigi saya. Saya mengunyah ais dengan kuat.”

Kemudian dia menemukan beberapa coklat di dalam poketnya, dan berjaya mendapatkan sedikit air daripada ais yang cair untuk diminum.

Berita mengenai keselamatannya disambut dengan kejutan dan kegembiraan oleh komuniti Sherpa, para pendaki yang pernah bersamanya, serta keluarga sendiri.

Lima orang terkorban sepanjang musim pendakian tahun ini, manakala lebih 300 orang meninggal dunia sejak rekod pendakian bermula pada 1920-an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN