PKR lantik Saifuddin Nasution, Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden parti - Utusan Malaysia

PKR lantik Saifuddin Nasution, Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: PKR mengumumkan pelantikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dilantik sebagai Naib Presiden PKR.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan Biro Politik parti berkenaan dalam satu mesyuarat di sini, hari ini.

“Biro Politik telah melantik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden PKR bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Menteri Komunikasi itu, mesyuarat tersebut turut memutuskan untuk menangguhkan Kongres Tahunan PKR daripada 26 hingga 28 Jun kepada 14 hingga 16 Ogos Ogos depan.

“Lokasi kongres itu dikekalkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

” Penangguhan ini dibuat bagi memberi ruang kepada PKR Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkat kesiapsiagaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN