Taman rimba dan taman negeri Pulau Pinang ditutup - Utusan Malaysia

Taman rimba dan taman negeri Pulau Pinang ditutup

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Taman rimba dan taman negeri di seluruh negeri ditutup kepada orang awam bermula 13 hingga 26 Januari ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, taman rimba dan negeri yang terlibat adalah Taman Rimba Teluk Bahang; Taman Rimba Bukit Mertajam; Taman Negeri Bukit Panchor dan Hutan Pelajaran Air Itam Dalam. 

Ujar beliau, Jabatan Perhutanan negeri  menutup taman-taman itu selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Ekoran SOP itu juga, semua aktiviti sukan dan riadah tidak dibenarkan kecuali berjoging dan berbasikal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

PKP yang diumumkan Isnin lalu oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membabitkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Sabah dan Melaka. 

Perintah berkenaan dilaksanakan bermula 13 hingga 26 Januari ini bagi membendung penularan Covid-19. 

Menurut Jagdeep, rakyat negeri ini perlu mematuhi dan sentiasa mengingati beberapa SOP penting ketika PKP seperti hanya dua wakil dari setiap rumah dibenarkan keluar rumah tidak melebihi 10 kilometer bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan, ubat, dan keperluan asas. 

Ketika tempoh PKP ini juga, restoran, jelas beliau, gerai makanan, farmasi dan kedai keperluan harian dibenarkan beroperasi setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 8 malam. 

“Selain itu, semua aktiviti pelancongan tidak dibenarkan dan tidak dibenarkan untuk makan di dalam restoran atau gerai,” katanya. 

Dalam pada itu, katanya, setakat kelmarin, terdapat sembilan kluster Covid-19 di Pulau Pinang dengan keseluruhan kumulatif kes sebanyak 5,479 kes. 

“Sejumlah 12 kluster telah ditamatkan di negeri ini dalam beberapa minggu yang lepas iaitu Damar Laut, Pengkalan Barat, Penjara Reman Pulau Pinang, Assumption, Rajawali, Bayan, Permatang, Summer, Rengas, Tembaga, Sri Pasir dan Intan. 

“Pada masa yang sama, sejumlah lima kluster baharu iaitu Symphony Magazine, Rawa Akasia, May Indah, Lis Putih dan Sentosa Residensi turut dikesan berlaku di negeri ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya