Tayar lori `berbuai', 200 kotak buah-buahan tergolek atas jalan - Utusan Malaysia

Tayar lori `berbuai’, 200 kotak buah-buahan tergolek atas jalan

KIRA-KIRA 200 kotak buah-buahan bertaburan di jalan raya selepas sebuah lori terbalik di Jalan Seremban-Tampin dekat selekoh Kampung Lada, Rembau pagi tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang pemandu sempat perasan tayar lori bahagian belakang ‘berbuai’ sebelum hilang kawalan dan terbalik mengakibatkan kira-kira 200 kotak berisi pelbagai jenis buah-buahan antaranya anggur dan oren bertaburan di atas jalan.

Menurut pemandu, Mohd. Nor Abd Razak, 26, ketika kejadian dia bersama seorang lagi pemandu Hur Yan, 61, dalam perjalanan menghantar buah-buahan tersebut dari Melaka ke sebuah pasar raya di sini sebelum erbabit dalam kemalangan di Jalan Seremban-Tampin dekat selekoh Kampung Lada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kejadian tersebut turut mengakibatkan laluan berkenaan terhalang di kedua-kedua arah.

“Sudah tiga tahun kami melalui jalan ini untuk menghantar buah tapi tidak pernah kami terbabit dalam kemalangan lori terbalik seperti ini.

“Ketika melalui selekoh ini, saya memandu seperti biasa dan tiba-tiba tayar belakang seolah-olah ‘berbuai’ saya terus hilang kawalan lalu lori terbalik,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Nor berkata, mereka berdua terpaksa merangkak keluar daripada lori yang terbalik melalui cermin hadapan yang pecah.

“Mujur sewaktu kejadian kenderaan kurang dan tidak ada mangsa lain selain kami,” katanya.

Sementara itu, di lokasi kejadian, polis dan penduduk mengawal lalu lintas dan mengarahkan pengguna jalan raya mengikut laluan alternatif selepas laluan tersebut terhalang akibat kemalangan berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN