Kes sembuh 3,638 atasi kes positif 3,048 kes - Utusan Malaysia

Kes sembuh 3,638 atasi kes positif 3,048 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negara merekodkan sebanyak 3,638 kes sembuh Covid-19 mengatasi jumlah kes baharu positif hari ini iaitu 3,048 kes.

Angka positif itu dilihat turun sedikit berbanding semalam yang mencatatkan 3,346 kes sekali gus merekodkan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 186,849 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun sebanyak 11 lagi kematian direkodkan dengan 26 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 101 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 41,076 kes aktif kebolehjangkitan direkodkan ketika ini.

“Selangor mencatatkan negeri tertinggi kes positif iaitu 1,035 kes diikuti Johor 529, Sabah 348 kes dan Kuala Lumpur 305 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 720 kes di Selangor adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.

Katanya, sebanyak 62 kes pula berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Matambai (18 kes), Kluster Tembok Taiping (16 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (10 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (sembilan kes), Kluster Penjara Seberang Perai (empat kes), Kluster Tembok Mempaga (dua kes), serta masing-masing satu kes di Kluster Tembok Renggam, Kluster Tembok Kemus dan Kluster Tropika.

Dalam pada itu, beliau berkata, daripada 11 kematian hari ini, tiga daripadanya adalah dari Sabah, masing-masing dua kes dari Selangor dan Sarawak dan satu kes di Kelantan, Pahang, Perak, dan Kuala Lumpur yang hanya satu kes melibatkan bukan warganegara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya