fbpx

Kes rogol pasangan kekasih bawah umur di Kelantan meningkat

SHAFIEN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kes rogol melibatkan pasangan kekasih bawah umur di Kelantan direkodkan meningkat sebanyak 30 peratus sepanjang tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, sebanyak 106 kes rogol pasangan bawah umur dilaporkan pada tahun lalu berbanding 74 kes pada 2019.

Ujarnya, selain pasangan kekasih, kegiatan itu turut berlaku dalam kalangan ahli keluarga dan ada yang merahsiakan perkara tersebut.

“Tidak terkecuali golongan yang mempunyai latar belakang agama yang tinggi namun masih sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Saya berharap, masyarakat sedar dan boleh mengambil tindakan bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap anak-anak yang masih bawah umur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2021 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien meminta seluruh anggota masyarakat, ketua-ketua komuniti dan institusi supaya sama-sama mencari kaedah bagi mencegah jenayah itu. -UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI