Halang tugas polis, 7 lelaki ditahan - Utusan Malaysia

Halang tugas polis, 7 lelaki ditahan

Rahimi Ra'ais 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis menahan seramai tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan lelaki disyaki mengepung dan menghalang tugas polis dalam kejadian kemalangan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan dipercayai melakukan provokasi terhadap tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) selain turut didakwa melemparkan kata-kata kesat termasuk memaki-hamun anggota berkenaan.

Kumpulan lelaki berkenaan dipercayai turut mendakwa tiga anggota polis itu menendang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki sehingga menyebabkan kemalangan serta kecederaan kepada penunggang motosikal terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais  mengesahkan penahanan tujuh lelaki tersebut dan memaklumkan mereka akan direman  esok.

“Kes  disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Selain itu, kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021,” katanya di sini hari malam ini.

Semalam, kejadian kemalangan itu tular di dalam media sosial dan warganet menuduh anggota polis terlibat sengaja menendang motosikal sehingga mengakibatkan kemalangan serta kecederaan parah kepada dua lelaki.

Bagaimanapun, polis menafikan dakwaan itu dan memaklumkan dua lelaki  berkenaan telah melanggar sebuah kereta ketika melarikan diri daripada anggota polis. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya