Enam kategori pelajar berkeperluan diberi kelonggaran

Enam kategori pelajar berkeperluan diberi kelonggaran

KAJIAN dan survey Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mendapati majoriti pelajar mahukan sesi PdP diadakan secara dalam talian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Enam kategori pelajar berkeperluan dibenarkan kembali ke kampus secara fizikal bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian, bermula 1 Mac ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan sesi libat urus bersama Majlis Perwakilan Pelajar, pihak pengurusan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), Kementerian Kesihatan, pakar kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan tarikh kemasukan pelajar ke kampus secara fizikal. 

Katanya, kajian dan survey Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mendapati majoriti pelajar mahukan sesi PdP diadakan secara dalam talian.

“Enam kategori pelajar iaitu pelajar dari program pengajian peringkat sijil, diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas; pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian dan pelajar Asasi atau setara dan diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.

“Tiga lagi iaitu semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom; pelajar berkeperluan khas (OKU) dan pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan PdP secara hibrid di dalam kampus boleh dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar. 

Katanya, pelajar yang tidak termasuk dalam kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian. 

“Bagi pergerakan pulang pelajar berkeperluan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, mereka dari Semenanjung yang akan pulang ke kampus IPT di Sabah dan Sarawak diwajibkan untuk menjalani ujian Swab yang akan dibiayai KKM. 

“Bagi pelajar yang tiba di Sarawak, mereka diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke kampus di mana kos makan minum dan kuarantin mulai 1 Mac 2021 akan ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya.

Tambahnya, pelajar berkeperluan dari Sabah dan Sarawak akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada sebarang gejala Covid-19. 

“Pelajar juga disaran untuk merujuk kepada SOP Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang sedang berkuat kuasa. 

“Pihak IPT juga boleh merujuk kepada SOP Sektor Pengajian Tinggi sedia ada yang telah diwartakan merangkumi aspek pengoperasian IPT bagi semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Pelajar dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai urusan kemasukan ke IPT melalui Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/ 6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya