Bayi perempuan kesejukan ditemukan dalam kotak - Utusan Malaysia

Bayi perempuan kesejukan ditemukan dalam kotak

BAYI perempuan ditemukan ditinggalkan dalam kotak berhampiran kebun sawit di Kemayan, Bera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Ditemukan kesejukan di kawasan kebun kelapa sawit.

Demikian nasib seorang bayi perempuan yang ditemukan kesejukan berhampiran jambatan Pejabat Risda di Kemayan di sini petang tadi.

Difahamkan bayi berkenaan ditemukan seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu untuk memancing di sungai berhampiran.

Ketua Polis Bera, Deputi Superintenden Mansor Samsudin berkata, pihak polis menerima panggilan pada pukul 1.50 petang daripada orang awam yang memaklumkan penemuan seorang bayi.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya