Agong dirayu pertimbang tadbir urus negara bebas daripada pengaruh politik - Utusan Malaysia

Agong dirayu pertimbang tadbir urus negara bebas daripada pengaruh politik

AHMAD TAJUDDIN SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dirayu mempertimbangkan tadbir urus negara bebas dari pengaruh politik susulan proklamasi darurat yang diisytiharkan kelmarin.

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, beliau mencadangkan supaya tadbir urus negara melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN) ataupun Majlis Gerakan Negara (Mageran) sehingga wujudnya pakatan yang kuat dan terbaik antara parti-parti politik di negara ini.

“Politik bersih, berwibawa, beretika kesan daripada mekanisme yang dicadangkan itu, akan menimbulkan keyakinan negara luar yang pastinya akan membantu kita mendapatkan pelaburan luar dan syarikat antarabangsa tentu akan yakin dengan kebebasan dan keupayaan negara, politik khususnya terlepas dari perkara yang boleh merosakkan keyakinan rakyat.

“Dalam situasi politik negara ketika ini yang mana rakyat semakin muak melihatnya, saya rasa cara ini (serahkan pentadbiran negara kepada bukan orang politik buat sementara waktu) adalah yang terbaik sehingga benar-benar wujud satu permuafakatan yang utuh antara parti politik di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong semalam memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif pandemik Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Ahmad Tajuddin berkata, jika diadakan pilihan raya umum (PRU) sekalipun, adalah dibimbangi situasi sama akan berulang terutama budaya lompat melompat dalam kalangan ahli parlimen yang mana jika ia berlaku, pergolakan dalam pentadbiran negara tetap sama.

“Pemimpin yang ada pun mereka dengan cara masing-masing dan rakyat semakin celaru dan tidak tahu siapa yang betul. Imej Parlimen Malaysia perlu dipulihkan kerana jika berterusan ibarat seperti ‘sarkas’ dan pedagang’ politik pada ketika ini, proses melicinkan pentadbiran negara tidak akan berjalan lancar.

“Biarkan parti-parti politik sedia ada berunding sesama mereka tanpa tekanan dari yang berkuasa. Biar mereka berunding dengan kekuatan masing-masing, bukan berasaskan sokongan daripada kuasa kerajaan.

“Cara seperti ini diyakini dapat membentuk kerajaan yang lebih mampan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.