32,386 pelajar di Kedah mulakan sesi persekolahan bersemuka - Utusan Malaysia

32,386 pelajar di Kedah mulakan sesi persekolahan bersemuka

PELAJAR tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar yang merupakan calon peperiksaan utama 2020 hadir ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan secara bersemuka di Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 32,386 pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini memulakan sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh negeri ini hari ini.

Pelajar tersebut merupakan calon peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata, sesi persekolahan secara bersemuka kali ini hanya dihadiri calon peperiksaan awam berikutan penularan Covid-19.

“Sesi persekolahan secara bersemuka ini pastinya lebih membantu dan memudahkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam.

“Ini kerana ada sebilangan pelajar terutama di kawasan luar bandar menghadapi kesukaran belajar secara dalam talian berikutan capaian internet yang kurang memuaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Omar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya