22,926 calon SPM, STPM Terengganu mula sekolah - Utusan Malaysia

22,926 calon SPM, STPM Terengganu mula sekolah

SALIM Ab. Ghani (kiri) melihat pelajar tingkatan lima kohort 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Razali Ismail memeriksa suhu sebelum memasuki sekolah di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 22,926 pelajar tingkatan lima dan enam kohort 2020 di seluruh Terengganu memulakan sesi persekolahan 2021 secara bersemuka bermula hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Salim Ab. Ghani berkata, daripada jumlah itu seramai 17,913 merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula 5,013 orang.

Katanya, sebanyak 153 sekolah dibuka bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka membabitkan calon berkenaan.

“Sementara itu, bilangan murid sekolah rendah yang melangkah ke tahun satu di seluruh negeri pula ialah seramai 21,971 orang berdasarkan data pada 31 Disember 2020,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas memantau kehadiran calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Razali Ismail di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya