10,000 tiket online percuma bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia

10,000 tiket online percuma bagi calon SPM

SITI FARHANA ABU OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berita gembira buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM (Ptti) menawarkan seminar khas dalam talian secara percuma selama dua hari. 

Seminar yang akan diadakan pada 13 dan 14 Februari depan sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu, terhad kepada 10,000 calon SPM bagi membantu mereka menyediakan persediaan terakhir sebelum menduduki peperiksaan. 

Di sebalik rungutan mengenai masalah kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dihadapi golongan pelajar, Ptti yakin pelaksanaan seminar itu memberi suntikan semangat kepada golongan pelajar. 

Ketua Pegawai Eksekutif Ptti, Siti Farhana Abu Osman, 33, berharap, usaha itu dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan (KPM) dan golongan ibu bapa yang masih menaruh harapan tinggi terhadap pelaksanaan SPM pada tahun ini. 

Lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana, dia yakin usaha itu bukan sesuatu yang mustahil berdasarkan maklum balas dan kejayaan pelajar SPM sebelum ini hasil bantuan pihaknya. 

“Ptti sudah lima tahun membantu calon SPM mencapai keputusan cemerlang. Sejak Mac tahun lalu, kita sudah menganjurkan seminar yang berjaya menghimpunkan seramai 93,000 pelajar tingkatan empat dan calon SPM.  

“Saya faham ibu bapa sendiri mula risau apabila anak mereka ketinggalan menerusi kaedah PdPR atas kekangan yang dihadapi. Namun, saya pasti lama-kelamaan cara itu dapat dibiasakan,” katanya dalam kenyataan. 

Bagi mendapatkan tiket percuma tersebut, pelajar hanya perlu melayari www.MampuSkorSPM.com atau hubungi 012-808 2284. 

Jelas Cikgu Fana, pihaknya berjaya membuktikan keberkesanan perkongsian ilmu dalam talian sejak 2016. 

“Kami agresif agak awal kerana bayangkan sejak awal penubuhan hingga hari ini, kami sudah membantu lebih 100,000 pelajar SPM memperoleh keputusan terbaik.

“Tidak semata-mata secara interaktif dalam media sosial, penganjuran seminar yang dilaksanakan secara fizikal juga meraih perhatian ramai pelajar. Namun, apabila berdepan dengan pandemik Covid-19, seminar terpaksa dilakukan secara dalam talian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya