Usul undi percaya terhadap Muhyiddin perlu - Utusan Malaysia

Usul undi percaya terhadap Muhyiddin perlu

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Selepas berlaku di Perak, usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dibuat di Dewan Rakyat bagi memastikan beliau mendapat sokongan ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, usul demikian perlu dibentangkan sebelum sidang Parlimen berakhir pada 17 Disember ini bagi menguji tahap sokongan wakil rakyat terhadap beliau.

Katanya, jika usul undi percaya itu telah dibentangkan diluluskan, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri tidak boleh dipertikaikan lagi.

“Masih sempat untuk membentangkan usul undi percaya terhadap Muhyiddin, bukannya kita suruh bentang usul tidak percaya terhadapnya. Ini perlu dilakukan ‘once and for all’.

“Muhyiddin sebelum ini menerima hampir 20 usul undi tidak percaya daripada blok pembangkang termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), manakala dua usul percaya daripada UMNO dan Pas.

“Jadi bila sudah dibentangkan usul undi percaya terhadapnya, orang lain tidak boleh pertikaikan legitimasi kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Sepakat, Masai di sini hari ini.

Tambah beliau, usul percaya itu boleh dibentangkan sebelum undi bagi Belanjawan 2021 diteruskan.

“Usul undi percaya ini wajar dibuat kerana ketika ini terdapat 220 ahli Parlimen dan bukan lagi 222 ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah (pembangkang) dan Ahli Parlimen Gerik di Perak (kerajaan) meninggal dunia.

“Itu menjadikan kedudukan terkini adalah seramai 110 Ahli Parlimen di blok pembangkang manakala 110 lagi Ahli Parlimen lagi di blok kerajaan,” katanya.

Menurutnya, situasi itu menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti.

Sehubungan itu beliau berkata, sokongan terhadap Belanjawan 2021 tidak boleh dijadikan ukuran menguji keabsahan kerajaan kerana belanjawan negara merupakan perkara yang berbeza. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya