TMIYC langkah memperkasa belia Johor - Utusan Malaysia

TMIYC langkah memperkasa belia Johor

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (tengah) berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah TMIYC Muar di Stadium Sultan Ismail Muar, Johor hari ini. Turut serta Hasni Mohammad (tiga dari kiri) dan Reezal Merican Naina Merican (tiga dari kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar merupakan inisiatif Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memperkasakan pembangunan belia Johor.

Titah Tunku Ismail, Baginda mengulangi hasrat dan visi untuk membina pusat belia di setiap daerah di Johor bermula dengan TMIYC Johor Bahru dan kini di Muar. 

Baginda berjanji untuk terus berusaha membangkitkan belia dan membentuk modal insan yang telus, berakhlak mulia dan bertanggungjawab demi masa depan yang cerah bagi negeri Johor.

Tunku Ismail titah sedemikian dalam kenyataan media Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Terdahulu, Baginda berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah TMIYC Muar di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sempena keberangkatan Tunku Mahkota Johor ke Muar, Baginda berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM300,000 untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar miskin melibatkan 96 kampung sekitar daerah ini. 

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, TMIYC Muar akan menjadi satu lagi pusat yang menjadi pemangkin pembangunan potensi belia dan masyarakat sekitar dengan pelbagai kegiatan bersifat ‘youth and society-based’

Katanya, dengan keluasan 11 hektar, TMIYC Muar akan merubah landskap, dinamik dan getaran aktiviti belia di daerah Muar yang terkenal ini.

“Pelbagai komponen kemudahan baharu akan dibina seperti padang bola sepak sintetik berserta lampu limpah, gelanggang sukan extreme, hab e-sports, gelanggang futsal berbumbung, asrama untuk kemudahan penginapan pengunjung dan kemudahan sokongan.

“Secara keseluruhannya, terdapat 16 segmen projek ini yang bersifat pembinaan baharu dan tujuh segmen menaik taraf infrastruktur sedia ada. 

“Bagi pembinaan TMIYC Muar, Kementerian Belia dan Sukan telah diberikan peruntukan sebanyak RM25 juta,” katanya ketika berucap dalam majlis itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya