Tempoh kuarantin ditetapkan 10 hari - Utusan Malaysia

Tempoh kuarantin ditetapkan 10 hari

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempoh masa perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada tempoh 14 hari kepada 10 hari, berkuat kuasa hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia juga terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian yang dilaksanakan di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman. 

Katanya, keputusan ini selaras dengan situasi semasa di negara ini dan laporan klinikal terkini dari seluruh dunia. 

“Sehingga kini, beberapa buah negara telah menyemak semula tempoh masa kuarantin wajib di negara masing-masing. 

“United Kingdom, Jerman dan Belgium telah menurunkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari manakala Perancis pula telah mengambil tempoh masa kuarantin wajib selama tujuh hari,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. 

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati bahawa risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin. 

“Kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan.

“Maka kita membuat keputusan sama untuk mengkaji semula tempoh kuarantin berdasarkan pelaksanaan tempoh kuarantin oleh negara-negara lain di dunia dan laporan saintifik klinikal 

semasa,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan akan memendekkan tempoh kuarantin di Malaysia ke atas prosedur pengurusan kuarantin wajib kepada pengembara yang pulang dari luar negara dan kontak rapat kepada kes yang disahkan positif Covid-19. 

Tindakan itu dibuat selaras dengan situasi semasa Covid-19 di negara ini dan laporan klinikal terkini dari seluruh dunia. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.