Sultan Johor titah pastikan keabsahan status wanita - Utusan Malaysia

Sultan Johor titah pastikan keabsahan status wanita

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa dukacita membabitkan berita bertebaran di media berkaitan seorang wanita rakyat negeri ini yang dikatakan melangsungkan pernikahan tidak berdasarkan hukum syarak di India.

Untuk itu Sultan Ibrahim menitahkan agar semua usaha perlu dilakukan oleh pihak berkuasa agama bagi memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut.

Titah Sultan Ibrahim, perkara itu sama ada melalui ahli keluarganya dan juga menerusi Kedutaan Malaysia di India dan baginda percaya semua akan dapat memastikan kesahihan berita tersebut dalam tempoh terdekat.

“Memelihara kedudukan agama Islam agar sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Johor dalam Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah keutamaan kita.

“Sebagai Ketua Agama Islam Negeri Johor, saya sentiasa memastikan kehidupan rakyat Johor dan mereka yang berasal dari negeri ini akan dipayungi oleh peruntukan undang-undang yang mana Islam adalah paksi menjadi tiang seri kepada kehidupan kita bernegeri.

“Agama Islam perlu berada di tempat yang tinggi dan ketertinggiannya ibarat cahaya yang menerangi kehidupan umat Islam di negara kita,” titah baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya