Saringan bersasar di Meru: Lapan individu dikesan positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Saringan bersasar di Meru: Lapan individu dikesan positif Covid-19

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seramai lapan individu positif Covid-19 hasil saringan komuniti bersasar yang dilaksanakan di kawasan sekitar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Meru di sini semalam.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di laman twitter rasminya hari ini.

“Alhamdullillah, saringan komuniti bersasar yang dijalankan semalam di kawasan sekitar PKPD Meru telah pun selesai.

“Seramai 541 orang telah disaring, 532 orang disahkan negatif manakala lapan kes yang positif telah dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” katanya.

Difahamkan baki seorang lagi masih menunggu keputusan.

Dalam perkembangan sama, Amirudin menjelaskan 69 peratus yang hadir semalam telah melakukan pra-pendaftaran kendiri menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

“Ternyata digitalisasi ini telah mempermudahkan urusan-urusan penjejakan kontak dalam mengekang penularan wabak ini,” ujarnya.

Terdahulu, saringan komuniti bersasar memfokuskan penduduk dari Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai, Meru susulan kenaikan mendadak kes positif Covid-19 yang dikaitkan dengan Kluster Teratai.

Proses saringan itu dikendalikan 35 petugas kesihatan dari SELCARE serta PKD Klang bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang di Dewan Masyarakat Taman Meru 3, Meru.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Selgate Corporation Sdn. Bhd., Mahdzir Ibrahim berkata, proses saringan penduduk sepatutnya diteruskan pada hari ini dan esok dalam usaha mencapai 1,000 sasaran penduduk.

“Bagaimanapun proses itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Kita sedang merancang untuk meneruskan saringan di kawasan lain yang turut berisiko,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya