Sabah tertinggi kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Sabah tertinggi kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sabah mencatatkan kes baharu tertinggi Covid-19 iaitu 391 kes diikuti Kuala Lumpur 265 kes dan Selangor, 221 kes.

Sehingga hari ini, terdapat 130 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan dan empat kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,123 kes positif baharu yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 71,359 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,775 kes.

“Bagi kes sembuh, sebanyak 1,143 kes yang menjadikan jumlah kumulatif adalah 60,204 kes manakala terdapat empat kluster baharu dikesan membabitkan dua di Sabah serta Selangor dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kluster.

“Sebanyak 187 jumlah kluster aktif yang dipantau dan 49 kluster daripadanya melaporkan pertambahan kes di mana kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Bulatan (162 kes), Kluster Ria-30 (51 kes) dan Kluster Batu Tujuh (39 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, dua kluster di Sabah ialah Kluster Batu Tiga di Tawau, 28 kes dan Kluster Jalan Domis di Penampang, Kota Kinabalu dan Tongod, 12 kes.

“Di Klang, Selangor pula, Kluster Andalas, 16 kes positif dan Kluster Tapak Bina Bulatan di Cheras, Titiwangsa dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur, 163 kes positif,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 40 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (27 kes) dan Kluster Tembok (13 kes).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya