Pas perlu segera putuskan sokong MN atau PN - Tajuddin - Utusan Malaysia

Pas perlu segera putuskan sokong MN atau PN – Tajuddin

TAJUDDIN Abdul Rahman menyampaikan kelengkapan sekolah kepada murid pada Program Sejambak Kasih 'Back-to-School' di Kampung Gajah hari ini. - FOTO/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Pas perlu segera membuat pendirian yang jelas sama ada mahu bersama Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini bagi mengelak keadaan kelam kabut jika Pas membuat keputusan ketika menjelang PRU-15.

Menurutnya, sudah terlewat jika Pas mahu mengadakan kerjasama dengan UMNO selepas PRU-15.

“Kalau UMNO menang 80 kerusi masa itu (PRU-15), kalau Pas baru nak cari UMNO pada masa itu, sudah terlewat. 

“Jika mahu bersama UMNO, buat keputusan sekarang. Pas kena buat keputusan segera sama ada pilih MN atau PN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kelengkapan sekolah kepada 300 pelajar kurang berkemampuan pada Program Sejambak Kasih ‘Back-to-School’ di Kampung Gajah dekat sini hari ini.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, jika Pas merasakan parti itu mahu mengadakan kerjasama dengan parti lain, UMNO yakin boleh berdiri sendiri dalam PRU-15.

Menurutnya, UMNO mempunyai struktur parti peringkat akar umbi yang lengkap dari peringkat pusat mengundi daerah (PDM) hingga cawangan dan bahagian, malah UMNO sudah bersedia untuk menggerakkan jentera parti.

“Jika Pas kekal dengan kerjasama dengan UMNO, itu lagi baik tapi jika sebaliknya kita tak mudah kecewa kalau terpaksa berdiri sendiri, kita yakin boleh.

“Kita tidak bergantung dengan Bersatu atau Pas,” katanya.

Mengenai kritikan terhadap keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersetuju menyertai Majlis Presiden PN, Tajuddin berkata, penyertaan Ahmad Zahid atas dasar mahu memantau perjalanan kerajaan PN.

“Jadi tidak patut Ku Li (veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah) mengeluarkan komen rasa malu’ dan aneh dengan keputusan Presiden UMNO kerana Ku Li tahun kenapa Ahmad Zahid berada dalam Majlis Presiden PN,” katanya.

Tajuddin mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini yang ‘malu’ dengan keputusan ‘aneh’ Ahmad Zahid menyertai Majlis Presiden PN memandangkan UMNO bukan ahli PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya