Lelaki terselamat pokok hempap kereta di Jalan Tranum-Bukit Fraser - Utusan Malaysia

Lelaki terselamat pokok hempap kereta di Jalan Tranum-Bukit Fraser

SEBUAH kereta dihempap pokok yang tumbang di Jalan Tranum-Bukit Fraser di Raub Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Berpantang maut sebelum ajal. Seorang lelaki terselamat dan tidak mengalami kecederaan selepas sebatang pokok menghempap kereta dipandunya
di Jalan Tranum-Bukit Fraser di sini hari ini.

Mangsa berusia 27 tahun yang dalam perjalanan ke arah Bukit Fraser juga bernasib baik apabila batu besar tidak terjatuh akibat terhalang oleh batang pokok yang tumbang.

Ketua Polis daerah, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika kereta berkenaan dalam perjalanan menghala ke arah Fraser Hill.

Bagaimanapun katanya, tiada kecederaan dilaporkan dan kereta berkenaan berjaya dialihkan pada pukul 10.45 pagi.

“Kedua-dua arah jalan terhalang di mana hanya pengguna jalan raya yang mahu ke Bukit Fraser melalui jalan dari Kuala Kubu sahaja yang boleh lalu.

“Bagi pengguna jalan raya yang mahu ke Bukit Fraser atau ke Kuala Kubu dari arah Raub serta yang mahu ke Raub dari Kuala Kubu adalah terhalang,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Kama Azural, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi disusuli pihak bomba pada pukul 8.50 pagi.

Sementara itu, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, ketika tujuh anggota sampai ke tempat kejadian tiada mangsa di dalam kereta berkenaan.

“Pihak bomba tidak memotong pokok berkenaan kerana pokok dan batu dari atas bukit akan jatuh bersama dan operasi diserahkan kepada pihak Roadcare untuk tindakan lanjut,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.