Johor catat 2,625 kes cerai sepanjang PKP - Utusan Malaysia

Johor catat 2,625 kes cerai sepanjang PKP

TOSRIN JARVANTHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor mencatatkan 2,625 kes penceraian sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Perintah (PKP) sehingga Oktober lalu.

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 984 kes sepanjang tempoh berkenaan.

“Sejak Mac hingga Oktober lalu, sebanyak 1,768 laporan masalah rumah tangga diterima Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Berdasarkan rekod jabatan itu, antara khidmat nasihat masalah rumah tangga yang diberikan ialah 415 kes tidak bertanggungjawab dan 234 kes lagi berkaitan pengabaian nafkah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Parit Yaani) di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya