fbpx

8 Mac 2021, 6:12 pm

  TERKINI

i-Sinar: Nada KWSP berbeza dengan Menteri Kewangan

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengumuman syarat pengeluaran i-Sinar yang baru diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah bertentangan dengan harapan yang diberikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Khamis lalu. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KWSP perlu memudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa mengenakan sebarang syarat dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara one off sebanyak RM10,000 maksimum.

Beliau berkata, di saat rakyat sedang dalM kesempitan mendepani keadaan luar biasa pandemik Covid-19, amat wajar sekali KWSP mempermudahkan dan menyantuni keperluan mereka.

“Saya mendengar dan membaca semua keluhan dan suara hati rakyat yang kecewa dengan syarat-syarat dikenakan pihak KWSP berkenaan pengeluaran i-Sinar Akaun 1.

“Ternyata nada pengurusan KWSP amat berbeza dengan harapan positif yang diberikan oleh Menteri Kewangan ketika sesi penggulungan peringkat dasar Belanjawan Negara 2021 tempoh hari.

“Ahli-ahli Parlimen BN dan UMNO termasuk sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri sejak dari awal tegas dan konsisten

memperjuangkan isu tuntutan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibangkitkan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam (Jumaat).

KWSP mengumumkan bahawa permohonan i-Sinar dalam talian akan dibuka bermula 21 Disember ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh EPF Media Desk, Jabatan Hal Ehwal Korporat, terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.

Bagi Kategori 1, semua pemohon layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori 2 pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan. -UTUSAN ONLINE