Geng Takir, Geng Dene dan Geng Isey tumpas - Utusan Malaysia

Geng Takir, Geng Dene dan Geng Isey tumpas

MOHD. Taufik Maidin (kiri) menunjukkan barangan curi yang berjaya dirampas oleh dua Geng Takir dan Dene di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Polis berjaya menumpaskan tiga kumpulan penjenayah yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini dengan penahanan empat suspek dalam tiga serbuan berasingan baru-baru ini.

Kejayaan itu dipercayai menyelesaikan sekurang-kurangnya 14 kes pecah rumah, kedai, masjid dan pejabat kerajaan melibatkan rampasan keseluruhan mencecah RM100,000 dan enam kes curi kereta yang melibatkan kerugian lebih RM300,000.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, empat suspek termasuk pasangan kekasih yang ditangkap berusia dalam lingkungan 27 hingga 36 tahun.

Katanya, pasangan kekasih tersebut merupakan ahli Geng Takir yang aktif memecah masuk rumah, kedai, masjid dan pejabat kerajaan sejak beberapa bulan lalu ditahan pukul 1 pagi di Chiku 5, Isnin lalu.

“Seorang lagi suspek merupakan ahli Geng Dene yang aktif melakukan kegiatan hampir serupa ditahan di sebuah kedai makan di Paloh 2, di sini pada Sabtu lalu.

“Suspek keempat pula merupakan ahli Geng Isey Binte yang dipercayai terlibat mencuri enam kenderaan jenis Toyota Hilux di sekitar Paloh sejak 2017. Dia ditahan di sekitar Paloh pada Selasa lalu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohd. Taufik, pasangan kekasih Geng Takir didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Tambahnya, semua suspek kini direman di IPD Gua Musang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457, Seksyen 380, Seksyen 379 A, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1653.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya