Surat rasmi bertulisan Cina berlaku tahun 2018 - Utusan Malaysia

Surat rasmi bertulisan Cina berlaku tahun 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Surat rasmi yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan menggunakan tulisan Cina yang sedang tular di media sosial ketika ini berlaku pada tahun 2018 ketika Johor ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, pengeluaran surat tersebut tidak dikelar ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) hari ini.

“Sehubungan itu, cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggambarkan seolah-olah perkara berkenaan berlaku di bawah pentadbiran Datuk Onn Hafiz Ghazi adalah tidak jujur dan mengelirukan.

“Fakta yang jelas adalah perkara tersebut berlaku pada tahun 2018 ketika Johor ditadbir PH,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Jafni, perkara tersebut turut mendapat perhatian, Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang pada ketika itu bertitah agar semua surat-menyurat rasmi membabitkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) wajib menggunakan Bahasa Melayu dan tulisan rumi.

“Titah baginda jelas dan menjadi pedoman kepada seluruh jentera pentadbiran kerajaan negeri sehingga ke hari ini.

“Kerajaan Johor hari ini sentiasa menjunjung titah Sultan Johor serta menghormati dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran,” katanya.

Beliau turut berkata, penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi adalah tanda penghormatan kepada Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Institusi Raja-Raja Melayu.

“Kerajaan Johor akan memastikan setiap agensi mematuhi segala dasar, peraturan dan titah ditetapkan demi memelihara kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu, menjunjung Bahasa Melayu serta mengekalkan keharmonian negeri yang kita cintai ini,” katanya.

Habis..

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN