Gaduh berebut kawasan : 15 ditahan  - Utusan Malaysia

Gaduh berebut kawasan : 15 ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Angkara berebut kawasan, polis menahan 15 lelaki termasuk pelajar tingkatan 3 kerana terbabit dalam pergaduhan di sebuah restoran di Pandan Indah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, penahanan itu dilakukan terhadap 15 lelaki yang berusia lingkungan 17 hingga 35 tahun susulan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah terserempak dengan sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka dipercayai terbabit dalam pergaduhan sebelum itu sebelum mereka ditahan.

Ujar Mohamad Farouk, semakan mendapati empat daripada yang ditahan mempunyai rekod lampau kes curi dan merusuh serta seorang lagi suspek juga pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah.

“15 individu yang terdiri daripada dua kumpulan itu terbabit dalam pergaduhan yang bermula di kawasan Lembah Jaya dan terus membawa ke sebuah restoran di Pandan Indah.

“Punca kejadian dipercayai perebutan kawasan. Usaha mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Farouk, susulan kejadian itu, lima suspek mengalami kecederaan di kepala dan luka di badan dan mereka mendapat rawatan pesakit luar manakala seorang lagi suspek ditahan wad di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

“Kita percayam kumpulan terbabit menggunakan kayu dan topi keledar ketika pergaduhan.

“Semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 1 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya