Bersatu tak akan dapat kuasai UMNO - Adly Zahari - Utusan Malaysia

Bersatu tak akan dapat kuasai UMNO – Adly Zahari

ADLY Zahari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada Pakatan Harapan (PH) merupakan satu kesilapan besar selepas mereka dilihat seakan-akan tersepit dalam kerjasama dengan UMNO dan Pas.

Meskipun Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri ketika ini, Bersatu harus menerima hakikat mereka tetap parti yang kecil dan jauh sekali untuk dominan dalam Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berpendapat, amat mustahil untuk Bersatu memimpin UMNO kerana UMNO merupakan parti yang akan terus kekal dominan kerana kewujudannya yang lebih lama selain memiliki jentera yang ramai.

UMNO tidak akan membunuh dirinya untuk mengecilkan saiz termasuk berkorban di kerusi yang secara tradisi ditandingi calon parti itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Adly yang juga bekas Ketua Menteri berkata, kesan Bersatu keluar daripada PH juga boleh dilihat menerusi pertukaran kepimpinan di beberapa buah negeri seperti Perak serta Johor yang menyaksikan kerajaan diketuai Bersatu terpaksa diserahkan kepada UMNO.

“Mereka hanya tinggal Sabah, itu pun Ketua Menterinya masih bergantung kepada UMNO untuk kekal berkuasa. Di Putrajaya pun begitu, apabila dia kerjasama dengan UMNO, yang tentukan Perdana Menteri adalah suara-suara daripada UMNO kerana bilangannya yang banyak,” katanya.

Pada Mac lalu, kerajaan negeri Melaka ditadbir PH tumbang selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Bersatu antara yang menyatakan sokongan kepada pembentukan negeri dipimpin UMNO.

Mereka ialah ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen yang juga Naib Presiden Bersatu serta Datuk Noor Effandi Ahmad yang merupakan ADUN Telok Mas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN