7 anggota polis Johor positif Covid-19 - Utusan Malaysia

7 anggota polis Johor positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Seramai tujuh anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor disahkan positif Covid-19 dan membabitkan tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes positif Covid-19 itu melibatkan IPD Johor Bahru Selatan, Iskandar Puteri dan Batu Pahat.

Katanya, susulan kes tersebut, seramai 138 anggota dan pegawai di IPD terjejas diarahkan supaya kuarantin diri di rumah.

“Bagi statistik di IPD Batu Pahat, dua polis berpangkat rendah dan dua pegawai awam disahkan positif Covid-19 manakala seramai 40 anggota dan pegawai diarahkan kuarantin.

“Bagi IPD Johor Bahru Selatan, dua orang anggota berpangkat rendah didapati positif Covid-19 dan jumlah terlibat kuarantin di rumah melibatkan 61 anggota dan pegawai termasuk kakitangan awam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, bagi kes di IPD Iskandar Puteri, hanya seorang pegawai kanan bersama empat ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.

Katanya, susulan kes tersebut, seramai 37 pegawai kanan, 71 anggota, seorang pegawai awam dan tiga ahli keluarga telah diarahkan kuarantin diri di rumah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya