360 individu ditahan ingkar SOP PKP - Utusan Malaysia

360 individu ditahan ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 360 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia hasil daripada 47,477 pemeriksaan dibuat Task Force Operasi Pematuhan yang melibatkan 12,261 anggota.

“Seramai 340 individu dikompaun manakala 20 lagi direman dengan kesalahan tertinggi ialah gagal mematuhi arahan penjarakkan fizikal iaitu 186 individu,” katanya melalui kenyataan.

Turut ditahan ialah 100 individu kerana gagal menyediakan peralatan rekod butiran pelanggan selain ada yang tidak memakai pelitup muka (47), aktiviti pusat hiburan (10) dan lain-lain (17).

Pemantauan itu ujar beliau, melibatkan 3,627 pasar raya, 4,896 restoran, 1,907 penjaja, 1,347 kilang, 3,452 bank, 451 pejabat kerajaan serta sejumlah 1,102 terminal pengangkutan darat.

Dalam pada itu, 23 pendatang asing tanpa izin juga ditahan menerusi Operasi Benteng melibatkan pelbagai pasukan selain lima buah kenderaan darat dan sebuah bot dirampas.

Operasi kawalan sempadan negara bagi kekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan wabak Covid-19 itu katanya, turut membabitkan sebanyak 127 sekatan jalan raya.

Menyentuh pemeriksaan oleh penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, sejumlah lapan tapak binaan dilawati dengan tujuh didapati patuh dan satu tidak beroperasi.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, 27 operasi sanitasi awam dilakukan semalam meliputi 10 zon merah, dua zon jingga, lapan zon kuning dan dua zon hijau dilakukan di seluruh negara.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam melakukan pemeriksaan ke atas 614 buah premis iaitu 430 peruncit, 152 pemborong dan 31 pengilang.

“Turut dijalankan di seluruh negara ialah 625 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKP dan kesemua premis diperiksa didapati mematuhi peraturan ditetapkan,” tegas beliau lagi -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya