127,000 pekerja warga asing akan disaring - Utusan Malaysia

127,000 pekerja warga asing akan disaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Proses saringan Covid-19 terhadap 127,000 pekerja asing di negeri ini dijalankan secara berperingkat dengan dipantau rapi kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, setakat kelmarin sebuah asrama yang menempatkan 3,000 pekerja telah selesai menjalani ujian wajib itu dan kini sedang menunggu keputusan.

Tambah beliau, semua pihak akur dengan arahan kerajaan Pusat yang mewajibkan ujian saringan Covid-19 terhadap pekerja warga asing bermula 1 Disember lalu, namun kemampuan majikan dari segi kos yang ditanggung perlu diambil perhatian.

“Wabak ini telah memberi kesan yang besar terhadap ekonomi dan ada majikan yang tidak mempunyai sumber kewangan kukuh akibat pandemik ini.

“Namun para majikan diminta untuk menanggung kos pemeriksaan untuk pekerja warga asing dan keadaan ini amat membebankan mereka,” katanya kepada pemberita di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya