100 kes baharu di Johor dua hari berturut-turut - Utusan Malaysia

100 kes baharu di Johor dua hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor mencatatkan pertambahan 100 kes positif Covid-19 dalam tempoh dua hari berturut-turut pada 9 dan 10 Disember menjadikan kes kumulatif di negeri ini kepada 2,293 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, semalam turut mencatatkan pertambahan dua kluster baharu iaitu Kluster Tenun Merah dan Kluster Jalan Dalam.

Ujarnya, pertambahan itu menyaksikan Johor memiliki 17 kluster aktif kini.

“Daripada 2,293 kes, sebanyak 1,386 kes atau 60.4 peratus telah pulih, manakala 879 kes yang aktif dan telah diasing dan dirawat di hospital.

“Dua kluster baharu itu melibatkan daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara kluster aktif lain ketika ini termasuklah Kluster Kempas, Kluster Bayu, Kluster Gemilang dan Kluster Cempaka.

Tambah Vidyananthan, pihaknya turut mendapati berlaku peningkatan kes melibatkan golongan warga emas dalam tempoh kebelakangan ini.

“Golongan warga emas merupakan golongan yang berisiko kerana mereka memiliki daya tahan yang lebih lemah terhadap sesuatu penyakit.

“Sehubungan itu, orang ramai di digalakkan untuk mengelak daripada bertemu dengan warga emas, seperti datuk dan nenek,” ujarnya.

Tambah beliau, sekiranya perlu, mereka diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan fizikal,sentiasa memakai pelitup muka, elakkan bersalaman, berpelukan atau bersentuhan apabila berjumpa.-UTUSAN ONLINE

Habis..

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya