Penutupan kilang Top Glove bidang kuasa Kerajaan Persekutuan - Menteri Besar - Utusan Malaysia

Penutupan kilang Top Glove bidang kuasa Kerajaan Persekutuan – Menteri Besar

notis penutupan operasi sementara Kilang Top Glove Corp Bhd BERMULA 25 November sehingga 8 Disember 2020 di Meru, Klang, Selangor berikutan penularan wabak Covid-19. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan penutupan operasi kilang membuat sarung tangan, Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove) yang dikaitkan dengan Kluster Teratai.

Sebaliknya, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, arahan penutupan itu adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Menurut Amirudin, perkara itu telah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Cadangan penutupan kilang Top Glove adalah wajar dilakukan. Namun, perlu diingat bahawa keputusan ini bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sekiranya hendak tutup, kita boleh tutup bila-bila masa, namun kuasa lebih besar di tangan Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan negeri adalah pelaksana dan sebelum membuat keputusan itu, Kerajaan Persekutuan ada berbincang dengan beberapa agensi di bawah kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Amiruddin hadir merasmikan Program 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berdasarkan Gender Sempena Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Pada masa sama, Amirudin turut meluahkan rasa bimbang dengan keputusan saringan Covid-19 terhadap pekerja Top Glove yang menunjukkan 60 peratus daripada pekerja yang telah disaring adalah positif.

“Setakat ini, keputusan yang diterima menunjukkan jumlah yang sangat membimbangkan. Berdasarkan rekod, 60 peratus daripada 5,000 pekerja yang telah disaring menunjukkan keputusan positif.

“Kita dimaklumkan terdapat 8,000 pekerja lagi akan membuat ujian saringan kerana dimaklumkan kilang ini mempunyai seramai 13,000 orang.

“Oleh demikian, langkah meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut adalah proses yang terbaik untuk mengekang wabak daripada merebak secara terus khususnya kepada penduduk sekitar,” ujarnya.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan sebanyak 28 kilang syarikat Top Glove, Meru di sini akan ditutup secara berperingkat bagi membolehkan semua pekerjanya menjalani ujian saringan dan kuarantin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penutupan itu susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 membabitkan pekerja kilang berkenaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya