ARAU: Bersama Perikatan Nasional (PN) atau sekadar dengan Muafakat Nasional (MN)? Persoalan tersebut bermain dalam kalangan akar umbi UMNO yang keliru dengan pendirian sebenar selepas pelbagai kenyataan berbeza keluar daripada mulut sesetengah pemimpin parti itu. Ada dalam kalangan pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Annuar Musa lebih cenderung mengeluarkan kenyataan agar parti itu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas untuk mengukuhkan PN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15…